nuffnang

Rabu, 7 September 2011

HARI RAYA

setelah sebulan kita berpuasa maka tibalah masanya sebulan kita melantak ketupat,lemang dan biskut2 raya, ini belum lagi yang akan buat open housenye ha3..masa hari raya jugalah kita dapat berkumpul dan berjumpa dengan sanak saudara yang dekat mahupun jauh dan yang cantik mahupun hodoh dan juga yang kaya mahupun kedana...apa2 pun mereka itulah semua saudara2 yang kita sayang dan rindui selalu...




dalam kita bergembira janganlah kita lupa pada yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin,anak2 yatim,orang2 tua serta orang2 yang sakit yang menjalani rawatan di hospital...bagi mereka raya taklah segembira dan semeriah kita yang bertuah serta bernasib baik ini...cukuplah sekadar membantu apa yang termampu...





rayaku tiap2 tahun seperti biasa meriah sederhana sahaja dan yang paling tak pernah berubah ialah bajet lepas raya mesti lari gila...apa lagi yang mampu di buat selain terpaksa gunakan duit2 syiling buat menampung apa yang patut bagi mengisi perut aku ini selama menunggu gaji bulan depan.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....