nuffnang

Rabu, 21 September 2011

SAHABAT

1-Melindungi kamu sekirannya kamu berbuat baik kepadanya.
2-merapatkan hubungan persahabatan sekiranya kamu ingin bersahabat dengannya.
3-membantu kamu sekirannya kamu inginkan pertolongan.
4-menghargai kamu.
5-meringankan kesusahan kamu.
6-membenarkan kata-kata kamu.
7-sentiasa mengalah untuk menjaga kepentingan sahabat.
8-menutup sesuatu yang tak baik pada diri kamu.
9-menghargai dan selalu menyebut kebaikan kamu.
Dan juga sahabat yang sentiasa ada diwaktu susah dan senang.

sekirannya kamu berminat pada teman wanitanya dia akan mengalah dan berusaha satukan sehingga kamu ke jinjang pelamin,hahahahah gurau je.rupa kamu yang tahap tak boleh nak di selamatkan pun dia akan cakap kamu setaraf pramugara hahahahaha baik punya sahabat.

jadilah sahabat yang baik semoga bertemu sahabat yang baik.

Khamis, 8 September 2011

5 MINIT

1-barang siapa yang suka duduk dengan orang kaya akan di tambahkan rasa cinta kepada dunia
2-barang siapa yang suka duduk dengan orang miskin akan rasa syukur dan redha kepada tuhan
3-barang siapa yang suka duduk dengan wanita bukan muhrim akan ditambah syahwat dan kebodohannya

4-barang siapa yang suka duduk bersama kanak kanak akan ditambah kesukaannya bermain main dan bergurau senda
5-barang siapa suka bersama orang soleh akan bertambah taat kepada allah
6-barang siapa suka bersama orang fasik akan menjadi lebih berani berbuat dosa dan menunda taubat
7-barang siapa suka bersama para ulama akan bertambah ilmu dan waraknya
8-barang siapa yang barang berharga dia hilang cepat cepatlah pergi buat laporan polis

Rabu, 7 September 2011

HARI RAYA

setelah sebulan kita berpuasa maka tibalah masanya sebulan kita melantak ketupat,lemang dan biskut2 raya, ini belum lagi yang akan buat open housenye ha3..masa hari raya jugalah kita dapat berkumpul dan berjumpa dengan sanak saudara yang dekat mahupun jauh dan yang cantik mahupun hodoh dan juga yang kaya mahupun kedana...apa2 pun mereka itulah semua saudara2 yang kita sayang dan rindui selalu...




dalam kita bergembira janganlah kita lupa pada yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin,anak2 yatim,orang2 tua serta orang2 yang sakit yang menjalani rawatan di hospital...bagi mereka raya taklah segembira dan semeriah kita yang bertuah serta bernasib baik ini...cukuplah sekadar membantu apa yang termampu...





rayaku tiap2 tahun seperti biasa meriah sederhana sahaja dan yang paling tak pernah berubah ialah bajet lepas raya mesti lari gila...apa lagi yang mampu di buat selain terpaksa gunakan duit2 syiling buat menampung apa yang patut bagi mengisi perut aku ini selama menunggu gaji bulan depan.

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....