nuffnang

Khamis, 14 Julai 2011

SEHARI BERSAMAKU



pada zaman dahulu,op silap...minggu lepas aku saje je ambil cuti pasal boring nak kerja...nak tengok wayang cite transfomer tapi gaji tak keluar lagi...jadi jalan2 sekitar shah alam je,bosan dok kat umah...kalau korang nak tahu shah alam ni merupakan ibu negeri selangor dan ianya diantara bandar2 yang tercantik di malaysia...

MADU....KHASIATNYA....
10 tahun lepas aku dengan kawan2 pi lah hutan mencari madu lebah...kami semua berlima...pada waktu itu masing2 membawa alat serta barang2 keperluan untuk mendapatkan madu lebah, beratnya jangan kata lah hanya kami je yang tahu maklumlah ni merupakan pengalaman kami yang pertama,sebelum ni ada juga ikut2 orang mencari madu lebah tetapi sebagai pemerhati saje...
kami bertolak dan memulakan operasi tepat pada pukul 8 pagi...
ketika kami sedang rancak memulakan perjalanan tiba2 terdengar suara yang amat menyeramkan,mulalah tak sedap hati tapi kami buat tak tahu je sambil meneruskan perjalanan,ini kerana kami sudah di nasihatkan supaya jangan celupar dan sentiasa berkelakuan baik di dalam hutan...semakin lama suara menyeramkan itu semangkin kuat dan dekat...mengelabah+cuak dibuatnya... hanya mampu baca apa yang patut dihati...tiba-tiba sahaja kami semua terjatuh dan terbaring ke bumi seperti di langgar oleh sesuatu,dengan badan yang sakit dan lenguh2 kami pun bangun,bertanya sesama sendiri apa sebenarnya terjadi...nak tahu tak apa benda yang menyeramkan dan mengeluarkan bunyi mengerikan itu...ianya adalah seekor babi hutan(tak pergi sekolah punya babi hutan)main sondol je...kami pun pakat pulang sahaja dari hutan nak samak beramai-ramai...itu baru cubaan kami yang pertama di dalam hutan...nak tahu cubaan kedua kami di hutan pula...
cubaan kedua tidaklah menyeramkan dan mengerikan tetapi ianya amat memenatkan....setelah hampir 3 jam berjalan sampailah kami berlima ke tempat yang dituju(pokok besar mempunyai 5 sarang lebah)...kami terus sahaja memasang khemah untuk berehat dan menyimpan barang2,

tibanya malam yang di nantikan kami pun berkumpul dan membaca apa yang patut agar selamat panjat dan selamat turun...seorang dari kami pun panjatlah dengan aman lagi tenang membawa timba,selang lima minit kawan lagi sorang follow dengan membawa obor api...apabila kedua-duanya sudah berada di atas mereka pun terus sahaja menuju kesarang yang paling besar dengan harapan hasilnya menakjubkan...semangkin dekat mereka ke sarang semangkin jelas dan kuat bunyi lebah,tapi mereka hairan kerana bunyinya begitu ngeri dari bunyi lebah yang biasa di dengar...tanpa membuang masa mereka pun memotong sarang lebah itu agar kawan-kawan yang berada di bawah dapat menyambung kerja mereka...dan begitu juga yang terjadi kepada ke4 empat saki baki sarang yang masih berada diatas pokok itu...
dengan hati yang riang gembira mereka pun turunlah dari pokok,sampai je dibawah rakan yang lain sudah pun menghabiskan tugas masing2 dan berjanji akan membahagikan hasil2nya sama rata pada besok pagi...mereka pun bersihkan badan apa yang patut dan makan malam lalu terus je tidur...

pagi yang di nantikan pun tiba...member berdua yang panjat pokok malam tadi paling tak sabar melihat hasilnya,kerana mereka yakin ianya pasti mengembirakan...kami pun berkumpul dan memberi tahu madu2nya ada di kandang masing2...member dua orang ni pun pelik apasal madu lebah di simpan di kandang...setelah di slow talk barulah mereka tahu yang sarang malam tadi bukannya sarang lebah tetapi sarang babi hutan...apa boleh buat nasib badan, masing2 dapat lah seorang seekor...kami bercadang balik je nanti nak jual kat orang asli yang tinggal kat dalam hutan ni...

jalan punya jalan kami pun sampai di perkampungan orang asli sambil membawa babi hutan...sebaik sahaja mereka melihat kami,masing2 terkejut dan terpegun seperti orang kerasukan dan kelaparan, maklumlah tak pernah nampak orang2 sekacak seperti kami la katakan,biasanya mereka tengok binatang je dok kat dalam hutan...kami pun diserbu seperti peminat bertemu artis pujaan...kami layan je he3...salah seorang dari ketua orang asli pun menjemput kami naik ke rumah tetamu mereka...setelah memperkenalkan diri masing2 serta tujuan kami datang kekampung mereka,mereka pun faham dan gembira...tetapi mereka tiada wang atau barang berharga hendak di berikan kepada kami bagi membeli babi2 hutan itu...salah seorang dari mereka tiba2 mencadangkan agar sistem bater dijalankan...pelbagai-bagai barang yang di utarakan antaranya kuku harimau,sumpit,tabung buluh isi air,sepender nenek kebayan,baju kulit pokok dan macam2 lagi lah...dalam banyak2 yang mereka tawarkan hanya satu je yang menarik perhatian jiwa kami iaitu ditukarkan babi hutan itu dengan anak2 gadis mereka untuk di kahwinkan dengan kami...setelah kami mendapat kata sepakat...pada masa itu juga kami beramai-ramai di kawinkan dengan cara kami yang baik...maka keesokan harinya kami di raikan dengan jamuaan besar-besaran,betapa gembiranya hati kami hanya kami je yang tahu ha3,dunia ini seperti kami yang punya...setelah selesai jamuan kami pun bersalam-salam dan berterima khasih dengan penduduk kampung di situ kerana kami mahu segera pulang...keluar dari hutan...

akhirnya sampai juga kami di penghujung hutan dengan membawa isteri2 kami...sedang kami berjalan menuju kekereta masing2 kami terlihat kelibat awek2 berada dikereta kami bersama kanak2 kecil...pelik juga rasanya,tapi kami buat tak tahu je kerana tak sabar hendak balik ke rumah dengan membawa isteri masing2...tiba2 terdengar suara memanggil "abang oi kata pergi hutan cari madu,mana madunya"kami semua terkejut seketika,setelah hampir setengah jam barulah kami sedar mereka2 itu adalah bini2 kami semua...setelah kami storykan apa yang berlaku sepanjang kami berada di hutan akhirnya mereka faham dan menerima bini baru kami semua sebagi madu mereka dengan aman lagi bahagia...madu lain di cari madu lain yang dapat...sama tapi tak serupa...habis da...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan