nuffnang

Jumaat, 14 Ogos 2015

air suam

lama tak tulis blog.....
tak tahu nak tulis apa......
bosan pun ada.....

ok la ni aku nak kongsi sikit resepi masak air masak....
mula-mula isi air paip dalam apa2 je bekas yang boleh dimasak.....
lepas tu dipanaskan..kalau pakai kayu api lagi sedap rasanya......
pakai dapur gas pun ok.....
lepas dah masak biarkan separuh sejuk atau suam2 gitu....
baru la boleh di minum.....

Sabtu, 24 Mac 2012

BANTUAN RAKYAT SATU MALAYSIA



-Kerajaan memberikan bantuan kepada rakyat yang berpendapatan kurang dari rm3000
-syukur bila dapat tahu yang aku layak menerimanya
-pergi ke sekolah untuk menerima voucher bernilai rm500
-tunaikan voucher di maybank
-aku terus lupa diri bongkak,sombong,riak dan lain2 lagi(gurau je)
-oleh kerana kos sara hidup yang semangkin meningkat,terpaksalah aku gunakan rm 500 ini sebaik-baiknya

Aku amat berterima khasih kepada kerajaan yang begitu prihatin terhadap rakyat yang berpendapatan kecil seperti aku.

Aku juga berharap suatu masa nanti bantuan seperti ini akan hadir kembali.

Isnin, 23 Januari 2012

OMBAK RINDU



lama dah rasanya aku tak layan movie jiwang2 ni,minggu lepas entah macam mana pulak tergerak hati nak beli dvd ombak rindu, aku pun tak tahu kenapa hehehe,maybe tarikan promosinya kot.

aku layan movie ni bersama famly tercinta pada waktu malam dalam keadaan sunyi lagi mendamaikan.

habis jugak la tisu sekotak ...buat lap peluh.

merupakan satu pelaburan aku yang tepat dengan membeli movie ni.

cerita ombak rindu ni telah membuatkan aku bercita-cita ingin menjadi orang kaya lagi berpengaruh, ini adalah kerana peluang untuk aku berjumpa dengan gadis seperti izzah amat besar..semoga cita-citaku tercapai lah hendaknya.

siapa2 yang belum tengok tu usaha2 kan lah diri tu untuk menonton cerita ombak rindu.

Isnin, 19 Disember 2011

SAHAM TWITTER(RM900 JUTA) DI BELI OLEH PUTERA ALWALEED



-Putera Alwaleed bin Talal merupakan jutawan arab saudi,beliau telah membeli saham twitter yang di anggarkan bernilai rm 900 juta.
-Laman sosial twitter merupakan antara laman sosial popular di dunia selain facebook.
-Al Waleed merupakan seorang pelabur di beberapa syarikat utama dunia.
-beliau merupakan anak saudara raja Abdullah.
-putera Alwaleed merupakan individu ke 26 terkaya di dunia dengan harta sebanyak rm 61 bilion(majalah forbes)

kalau lah aku sekaya seperti orang2 kaya pasti akan ku beli juga saham-saham twitter kerana aku pun merasakan ianya satu tindakan yang amat bijak.
Al waleed sememangnya kaya lagi bijak kalau tak ,tak de lah dia kaya raya haheha..

tapi orang sepertiku saham 1 ringgit pun ok gak haha....

-sedikit sebanyak yang ku tahu.

Selasa, 22 November 2011

SUKAN SEA KE 26 PALEMBANG JAKARTA..MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK.

seronok campur seram juga la saya malam tadi menonton perlawanan akhir bola sepak antara pasukan negara menentang indonesia,tak senang duduk di buatnya.Apa2 pun tahniah la pada pasukan negara kerana berjaya mempertahankan kejuaraan.

-Perlawanan akhir bola sepak sukan sea ke 26 berlangsung di stadium gelora bung karno
-Malaysia(Kendalian ong kim swee) vs indonesia
-Perlawanan yang boleh di katakan bes dan mendebarkan
-Malaysia 1-1 indonesia 90 minit + masa tambahan....malaysia menang menerusi sepakan penalti 4-3
-Di anggarkan seramai 100 000 penonton menjadi saksi kemenangan pasukan bola sepak malaysia di stadium gelora bung karno
-Gunawan dwi cahyo menjaringkan gol pasukan indonesia pada minit ke5
-Gol penyamaan malaysia hadir pada minit 33 oleh mohd asraruddin
-Bangga aku jadi rakyak malaysia bila menyaksikan perlawanan malam tadi.


-Pinggat emas milik malaysia(ibu segala emas).
-Tahniah pasukan bola sepak malaysia semoga terus maju jaya.

-Sukan sea ke26 Jakarta-palembang 11 november 2011(11.11.11)-22 november.

Khamis, 17 November 2011

RM 100

-tahun ini kerajaan memberi bantuan sebanyak rm 100 seorang kepada murid sekolah
-syukur sangat
-dapat la juga meringankan beban keewangan ibu bapa
-semoga amalan ini dapat di amalkan oleh kerajaan setiap tahun
-rm 100 kira banyak tu daripada tiada langsung.


Rabu, 26 Oktober 2011

MOTO GP SEPANG....MARCO SIMONCELLI 1987-2011


MORCO SIMONCELLI

-20 JANUARY 1987
-ITALY ,CATTOLICA
-HONDA 2010-2011 500cc.GILERA 2006-2009 250CC.APRILIA 2002-2005 125CC
-JUMLAH PERLUMBAAN 148
-PODIUM 31 KALI(125CC.250CC.500CC.)
-JUARA DUNIA 250CC PADA TAHUN 2008
-GP PERTAMA PADA TAHUN 2004 DI SEPANYOL
-NAIB JUARA DI AUSTRALIA 2011


MARCO SIMOCELLI MAUT DI LITAR SEPANG KETIKA PERLUMBAAN BARU BERMULA 4 MINIT.BELIAU GAGAL MENGAWAL MOTORSIKALNYA LALU DIREMPUH DAN DILANGGAR OLEH DUA PELUMBA LAIN DARI PASUKAN YAMAHA DAN DUCATI....BELIAU DI BERI BANTUAN SELAMA 45 MINIT NAMUN USAHA TERSEBUT GAGAL,SIMONCELLI TIDAK MEMBERI SEBARANG TINDAK BALAS DAN DI SAHKAN MENINGGAL DUNIA PADA PUKUL 4.56 PETANG

MOTO GP SEPANG 2011 DALAM SEJARAH.....