nuffnang

Jumaat, 15 Julai 2011

DADAH



Aku tak pandai menulis apa2 pun sebenarnya pasal blog ni ,maklumlah orang baru nak belajar,apa yang aku cuba nak tulis ni pun Cuma mengenai musuh no satu Negara iaitu dadah yang aku sendiri bukannya pakar didalam bidang ni…saje2 je tulis manalah tahu ada bakat di dalam bidang pertanian…

Apa yang sering kita lihat sekarang banyak gejala sosial berlaku di sekeliling kita tak kira bangsa ,umur mahupun jantina dan latar belakang…tetapi yang sedihnya kebanyakannya terdiri daripada kalangan orang2 melayu iaitu bangsa kita sendiri...aku pun tak pasti sampai bila gejala ini akan berlarutan mungkin sampai bila2 kot...sudah berapa banyak duit kerajaan habis dalam membantu penagih untuk pulih, namun hasilnya masih belum dapat di lihat…

Yang aku tahu bila sebut je tentang dadah laju je fikiran aku mengambarkan ianya sejenis serbuk berwarna putih seperti tepung serta jarum suntikan dan orang yang mengambilnya akan kelihatan seperti orang yang tidak terurus,kurus lagi serabai senang cerita seperti cerita di drama yang ada watak penagih dadah la…tak tahu pula gambaran orang2 lain di luar sana,maybe lagi bes atau ngeri dari aku kot…..tapi gambaran seperti itu berubah sedikit bila aku pernah berkawan dengan seorang penagih dadah…….

Aku tak tahulah dadah jenis heroin ni diperbuat dari apa dan malas nak ambik tahu malah aku percaya ramai penagih dadah sendiri pun yang tak tahu apa lagi masyarakat di luar sana…tapi yang jelas lagi ketara bila seseorang itu sudah terjebak dengan dadah memang payah lah nak stop, dan ianya agak mustahil untuk kembali normal atau berubah seperti insan lain…. jika ianya mudah untuk pulih pasti ramai yang keluar dari pusat pemulihan sudah menjadi insan yang berjaya….ini tidak, tak sampai beberapa bulan sahaja mereka di bebaskan mereka akan kembali menagih semula…kat sini sahaja kita boleh tahu, untuk memulihkan penagih dadah ianya suatu perkara yang payah dan mustahil...jika ada yang pulih pun tak ramai dan mereka itu adalah benar2 insan yang tabah dan mempunyai persekitaran serta orang2 yang banyak membantu mereka bukan yang lagi menjatuhkan semangat serta mengambil kesempatan keatas diri mereka……

Apa la kerja yang mereka boleh buat apabila menjadi penagih dadah selain dari menipu,mencuri atau melakukan jenayah2 yang lain…sedangkan kalau kita lihat bekas penagih dadah pun sukar mendapat pekerjaan ini kan pula yg masih lagi menagih…bila tiada kerja dan sumber pendapatan lain maka berlakulah bermacam-macam jenayah yang mereka akan atau terpaksa lakukan untuk mendapatkan wang…ada yang sanggup membunuh saudara kandung sendiri dan yang lebih menyedihkan menjual maruah sendiri atau pun maruah orang lain…kes2 ragut sehingga menyebabkan kematian yang selalu di paparkan didalam surat khabar boleh di katakana hampir 70 peratus adalah warga penagih dadah…sedih..sedih…kecewa…sakit hati…geram semuanya pasti ada pada masyarakat kita terhadap penagih dadah…kita sebagai masyarakat kalau boleh kenalah ambil tahu serba sedikit tentang dunia dadah ni, semoga senang nanti bila bekerjasama dengan pihak berkuasa mahu pun masyarakat….ok lah sebelum aku merepek dengan topik yang aku tak berapa nak master ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku semasa berkawan dengan penagih dadah….

Rahim(nama tipu2) ni aku kenal dia sejak di bangku sekolah lagi..selepas spm dia tidak dapat meneruskan pelajaran kerana masaalah keewangan..rahim terjebak dengan dadah semasa bekerja di restoran makanan antarabangsa..asalnya hanya suka2 je bila kawan sekerja belanja,lama2 datang penyakit ketagih...sehari tak kena dah rasa macam cacing kepanasan je…mulalah selalu ponteng kerja dan buat hal di tempat kerja seperti mencuri wang dan barang2..sehinggakan dia di buang kerja oleh pihak atasan yang sering menerima aduan mengenai kelakuannya…semasa di alam penagihan beliau kerap berjumpa aku pasal aku je yang sanggup melayan dan kadang2 memberi pinjam wang… kalau pinjam wang dia cakap janji akan pulangkan..bukan janji tapi tipu hahahaha padan muka aku…rahim ni yang bagusnya dia tak lah macam penagih2 yang sering kita lihat..dia ni masih mampu bergaya dan mencari wang sendiri walau pun tak seberapa…bila aku dah lama lepak dan sering jumpa dengan dia pandangan aku terhadap penagih dadah dah mula berubah, tetapi sedikit sahaja, tak semua penagih serupa apa yang kita lihat di kaca televisyen…pernah juga la si Rahim ni stop tapi itu pun tak lama …sebulan dua je lepas tu on balik semula…

masih segar dalam ingatanku sehari sebelum dia meninggal dunia, aku lepak dengan Rahim di tempat yang biasa dia kena benda haram tu la, dia sempat bergurau dan berpesan supaya jangan sesekali percaya atau berkawan dengan orang2 sepertinya, tak sangka pulak yang itu merupakan hari terakhir aku berjumpa dan lepak dengan dia…besoknya dengar jiran2 bercerita yang dia dah meninggal dunia malam tadi disebabkan terlebih memasukkan dadah kedalam badan…sedih aku yang dia dah tinggalkan dunia ini buat selamanya…tapi cerita sebenarnya dia meninggal dunia hanya aku dan famly terdekat dia sahaja yang tahu iaitu pada malam selepas dia balik melepaskan gian dia meminta ibunya wang tetapi ibunya tak bagi sebab malas nak layan lagipun ibunya tengah uli tepung untuk di buat cekodok…si Rahim ni pun kecewalah dengan ibu dia lalu dia menyorokkan tepung ibunya untuk puaskan hatinya…dalam tengah bengang tu entah macam mana dia boleh layan dadah bercampur dengan tepung ibunya lalu kesan dari situ lah yang telah membuatkan dia mengelupur dan berbuih buih mulutnya…selang beberapa minit sahaja Rahim bertukar menjadi cekodok lalu meninggal…moral dari cerita Rahim ni janganlah sesekali kita menderhaka kepada ke dua ibu bapa kita dan juga jauhi lah najis dadah…dadah tidak akan membawa sebarang faedah malah menjahanamkan hidup dan nikmat yang telah di berikan oleh yang maha esa…

aku bangga jugaklah dengan diri aku kerana mempunyai pengalaman bersama penagih dadah yang tidak banyak memesongkan hidup aku walau pun sering lepak dan berjumpa selalu…pengalaman yang bagi aku tak ramai ada dan tak ramai yang mahu ada….

Khamis, 14 Julai 2011

SEHARI BERSAMAKU



pada zaman dahulu,op silap...minggu lepas aku saje je ambil cuti pasal boring nak kerja...nak tengok wayang cite transfomer tapi gaji tak keluar lagi...jadi jalan2 sekitar shah alam je,bosan dok kat umah...kalau korang nak tahu shah alam ni merupakan ibu negeri selangor dan ianya diantara bandar2 yang tercantik di malaysia...

MADU....KHASIATNYA....
10 tahun lepas aku dengan kawan2 pi lah hutan mencari madu lebah...kami semua berlima...pada waktu itu masing2 membawa alat serta barang2 keperluan untuk mendapatkan madu lebah, beratnya jangan kata lah hanya kami je yang tahu maklumlah ni merupakan pengalaman kami yang pertama,sebelum ni ada juga ikut2 orang mencari madu lebah tetapi sebagai pemerhati saje...
kami bertolak dan memulakan operasi tepat pada pukul 8 pagi...
ketika kami sedang rancak memulakan perjalanan tiba2 terdengar suara yang amat menyeramkan,mulalah tak sedap hati tapi kami buat tak tahu je sambil meneruskan perjalanan,ini kerana kami sudah di nasihatkan supaya jangan celupar dan sentiasa berkelakuan baik di dalam hutan...semakin lama suara menyeramkan itu semangkin kuat dan dekat...mengelabah+cuak dibuatnya... hanya mampu baca apa yang patut dihati...tiba-tiba sahaja kami semua terjatuh dan terbaring ke bumi seperti di langgar oleh sesuatu,dengan badan yang sakit dan lenguh2 kami pun bangun,bertanya sesama sendiri apa sebenarnya terjadi...nak tahu tak apa benda yang menyeramkan dan mengeluarkan bunyi mengerikan itu...ianya adalah seekor babi hutan(tak pergi sekolah punya babi hutan)main sondol je...kami pun pakat pulang sahaja dari hutan nak samak beramai-ramai...itu baru cubaan kami yang pertama di dalam hutan...nak tahu cubaan kedua kami di hutan pula...
cubaan kedua tidaklah menyeramkan dan mengerikan tetapi ianya amat memenatkan....setelah hampir 3 jam berjalan sampailah kami berlima ke tempat yang dituju(pokok besar mempunyai 5 sarang lebah)...kami terus sahaja memasang khemah untuk berehat dan menyimpan barang2,

tibanya malam yang di nantikan kami pun berkumpul dan membaca apa yang patut agar selamat panjat dan selamat turun...seorang dari kami pun panjatlah dengan aman lagi tenang membawa timba,selang lima minit kawan lagi sorang follow dengan membawa obor api...apabila kedua-duanya sudah berada di atas mereka pun terus sahaja menuju kesarang yang paling besar dengan harapan hasilnya menakjubkan...semangkin dekat mereka ke sarang semangkin jelas dan kuat bunyi lebah,tapi mereka hairan kerana bunyinya begitu ngeri dari bunyi lebah yang biasa di dengar...tanpa membuang masa mereka pun memotong sarang lebah itu agar kawan-kawan yang berada di bawah dapat menyambung kerja mereka...dan begitu juga yang terjadi kepada ke4 empat saki baki sarang yang masih berada diatas pokok itu...
dengan hati yang riang gembira mereka pun turunlah dari pokok,sampai je dibawah rakan yang lain sudah pun menghabiskan tugas masing2 dan berjanji akan membahagikan hasil2nya sama rata pada besok pagi...mereka pun bersihkan badan apa yang patut dan makan malam lalu terus je tidur...

pagi yang di nantikan pun tiba...member berdua yang panjat pokok malam tadi paling tak sabar melihat hasilnya,kerana mereka yakin ianya pasti mengembirakan...kami pun berkumpul dan memberi tahu madu2nya ada di kandang masing2...member dua orang ni pun pelik apasal madu lebah di simpan di kandang...setelah di slow talk barulah mereka tahu yang sarang malam tadi bukannya sarang lebah tetapi sarang babi hutan...apa boleh buat nasib badan, masing2 dapat lah seorang seekor...kami bercadang balik je nanti nak jual kat orang asli yang tinggal kat dalam hutan ni...

jalan punya jalan kami pun sampai di perkampungan orang asli sambil membawa babi hutan...sebaik sahaja mereka melihat kami,masing2 terkejut dan terpegun seperti orang kerasukan dan kelaparan, maklumlah tak pernah nampak orang2 sekacak seperti kami la katakan,biasanya mereka tengok binatang je dok kat dalam hutan...kami pun diserbu seperti peminat bertemu artis pujaan...kami layan je he3...salah seorang dari ketua orang asli pun menjemput kami naik ke rumah tetamu mereka...setelah memperkenalkan diri masing2 serta tujuan kami datang kekampung mereka,mereka pun faham dan gembira...tetapi mereka tiada wang atau barang berharga hendak di berikan kepada kami bagi membeli babi2 hutan itu...salah seorang dari mereka tiba2 mencadangkan agar sistem bater dijalankan...pelbagai-bagai barang yang di utarakan antaranya kuku harimau,sumpit,tabung buluh isi air,sepender nenek kebayan,baju kulit pokok dan macam2 lagi lah...dalam banyak2 yang mereka tawarkan hanya satu je yang menarik perhatian jiwa kami iaitu ditukarkan babi hutan itu dengan anak2 gadis mereka untuk di kahwinkan dengan kami...setelah kami mendapat kata sepakat...pada masa itu juga kami beramai-ramai di kawinkan dengan cara kami yang baik...maka keesokan harinya kami di raikan dengan jamuaan besar-besaran,betapa gembiranya hati kami hanya kami je yang tahu ha3,dunia ini seperti kami yang punya...setelah selesai jamuan kami pun bersalam-salam dan berterima khasih dengan penduduk kampung di situ kerana kami mahu segera pulang...keluar dari hutan...

akhirnya sampai juga kami di penghujung hutan dengan membawa isteri2 kami...sedang kami berjalan menuju kekereta masing2 kami terlihat kelibat awek2 berada dikereta kami bersama kanak2 kecil...pelik juga rasanya,tapi kami buat tak tahu je kerana tak sabar hendak balik ke rumah dengan membawa isteri masing2...tiba2 terdengar suara memanggil "abang oi kata pergi hutan cari madu,mana madunya"kami semua terkejut seketika,setelah hampir setengah jam barulah kami sedar mereka2 itu adalah bini2 kami semua...setelah kami storykan apa yang berlaku sepanjang kami berada di hutan akhirnya mereka faham dan menerima bini baru kami semua sebagi madu mereka dengan aman lagi bahagia...madu lain di cari madu lain yang dapat...sama tapi tak serupa...habis da...